PERMOHONAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) - Kerjaya Semasa

Breaking

Monday, 4 May 2020

PERMOHONAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)



Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) telah mencapai persetujuan dengan institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam menyediakan pembiayaan perumahan yang akan dijamin oleh Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk pemohon-pemohon yang layak.
Dengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.



KRITERIA KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  4. Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  5. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  6. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  8. Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  9. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.



PROSES PERMOHONAN


  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.



TERMA DAN SYARAT PEMBIAYAAN
  1. Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)
  2. Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahaja
  3. Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu
  4. Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman
  5. MRTA / MRTT : Wajib
  6. Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan


INSTITUSI KEWANGAN
  1. AFFIN BANK
  2. MAYBANK
  3. AMBANK
  4. BANK ISLAM
  5. BANK MUAMALAT
  6. BSN
  7. BANK RAKYAT
  8. HONG LEONG ISLAMIC BANK


MAKLUMAT LANJUT

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: enquiry@sjkp.com.my


No comments:

Post a comment