PERMOHONAN PERUMAHAN PPR ONLINE PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT - PPR DISEWA/DIMILIKI/MYHOME - Kerjaya Semasa

Breaking

Thursday, 7 May 2020

PERMOHONAN PERUMAHAN PPR ONLINE PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT - PPR DISEWA/DIMILIKI/MYHOME


Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).  Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.  PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa.



SYARAT DAN KELAYAKAN 


SKIM PPR DISEWA
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

SKIM PPR DIMILIKI
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

PEMOHON SKIM MYHOME
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  4. Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah


CARA UNTUK PERMOHONAN


DAFTAR AKAUN PEMOHON
  1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  2. https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  3. pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti namano kad pengenalan, dan Alamat e-mail.



PERGI KE EMAIL UNTUK PENGESAHAN
  1. Pastikan e-mail yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
  2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
  3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

Setelah klik pautan berwarna biru, pemohon di minta untuk masukkan password. Pastikan password yang diisi harus diingat.


SILA PILIH SKIM
  1. Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
  2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim yang di inginkan".
  3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.





DOKUMEN SOKONGAN
  1. Seterusnya, pemohon klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
  2. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.


PENGESAHAN
  1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar. 
  2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke step seterusnya.



SELESAI UNTUK PERMOHONAN

16 comments:

  1. Boleh kah rakyat seperti kami ini layak untuk memohon kerana kami tidak mempunyai kerja dan hanya bergantung dari bantuan baitulmal dan kebajikan?

    ReplyDelete
  2. Boleh Cuba Tuan.. sbb semua kptsn dri negeri tempat kmu tinggal

    ReplyDelete
  3. Kalau bekerja sendiri mcm mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk berasaskan pendapatan tahunan atau bulanan

      Delete
  4. Kalau bantuan bina rumah atas tanah sendiri macamana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.kerjayasemasa.com/2020/05/spnb-cara-membuat-permohonan-rumah.html?m=1

      Delete
  5. Kalau bantuan bina rumah atas tanah sendiri macamana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.kerjayasemasa.com/2020/05/spnb-cara-membuat-permohonan-rumah.html?m=1

      Delete
  6. Kat w.p labuan xda ka..

    ReplyDelete
  7. Di Sabah area Kota Kinabalu Dan sewaktunya Ada?

    ReplyDelete
  8. Boleh tahu apa beza skim PPR dimiliki dan skim MYHOME?

    ReplyDelete
  9. Area Selangor atau Kajang ada tak..sebab sebab saya bujang..tapi saya ada tanggungan kak saya ibu tunggal..

    ReplyDelete
  10. Sy nak memohon rumah ppr 4rang anak kawasan kl sy tak mampu nak beli.sampai punya anak4 cumah sewa.sy harap tua puan ade timbang rasa kepada sy yang miskin ini.dari dulu nak mohon tapi sy takut tak dapat karna sy orang miskin tak mampu buat ape ape terima kasi

    ReplyDelete
  11. Rumah ppr area sungkai atau slim river ada tak

    ReplyDelete
  12. saya bujang...ingin nak sewa rumah ppr area desa petaling K.L,sbb saya kerja sendiri...gaji tak tentu...lbh krg 1500.lagipun saya sdh blacklist...nak sewa tak blh...sbb bujang...nak beli...tak blh...sbb blacklist dan slip gaji tak ada.kalau nak beli...tapi atas nama kakak blh...tapi umur kakak sdh 60 lbh...tak kerja tak ada slip gaji...tapi EPF ada sikitlo...blh mohon?

    ReplyDelete