SEMUA MAJIKAN HARUSLAH MEMBUAT PEMBAYARAN GAJI PENUH - Kerjaya Semasa

Breaking

Sunday, 5 April 2020

SEMUA MAJIKAN HARUSLAH MEMBUAT PEMBAYARAN GAJI PENUH



Semua majikan diberi amaran sekerasnya untuk tidak memotong gaji pekerja atau memaksa pekerja untuk mengambil cuti tahunan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Menteri Sumber Manusia iaitu Datuk Seri M Saravanan ingin menyatakan bahawa semua majikan haruslah membuat pembayaran gaji penuh kepada semua pekerja sepanjang tempoh PKP. Kepada semua majikan dan pekerja di bawah essential services dan non-essential services yang telah dikeluarkan oleh pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.
Beliau juga mengulangi ketegasan bahawa Program Pengekalan Pekerjaan atau ERP yang dilaksanakan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bertindak sebagai bantuan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam bentuk faedah bantuan kewangan sementara dan perkhidmatan pekerjaan.


"Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) atau lebih dikenali sebagai HRDF telah melancarkan inisiatif Pakej Rangsangan Latihan 2020 (PRL2020) yang bakal memberi manfaat kepada lebih 40,000 pekerja tempatan dan menawarkan pelepasan kepada 8 sub-sektor yang terkesan oleh COVID-19 antaranya perhotelan, pengurusan pelancongan dan pengangkutan udara," katanya.

No comments:

Post a comment