SENARAI NOTIS BANK BERKENAAN PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN - Kerjaya Semasa

Breaking

Thursday, 26 March 2020

SENARAI NOTIS BANK BERKENAAN PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN



Semua rakyat Malaysia yang mempunyai pinjaman di bank akan diberikan kelonggaran atau dibenarkan untuk menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada untuk selama 6 bulan. Harus diingat kepada semua rakyat Malaysia, Penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.

klik Pautan berwarna biru untuk maklumat selanjutnya






Walaubagaimanapun, Harus diingatkan bahawa hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan bayaran balik. Tetapi, Bagi pemilik kad kredit yang tidak mempunyai apa-apa tunggakkan, Pihak bank akan memberi penawaran kepada pemilik kad kredit iaitu pelan pembayaran secara berperingkat selama tiga tahun. Bagi hutang kad kredit yang mempunyai tunggakan, hutang tersebut akan ditukarkan secara automatik kepada pinjaman berjadual.



Usaha ini bertujuan  untuk memastikan semua peminjam yang terkesan susulan penularan COVID-19 akan dapat dibantu. Kenyataan berkenaan penangguhan ini, harus di ingatkan bahawa akan berkuat kuasa bermula 1 April 2020 ini. Ia akan terpakai kepada pinjaman dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bagi hutang yang tidak tertangguh melebihi 90 hari pada 1 April.

Senarai notes maklumat penuh bank :-





























Untuk maklumat lanjut, pengguna dinasihatkan merujuk kepada bank masing-masing.

No comments:

Post a Comment