IKLAN PENDAFTARAN PERMOHONAN & KEMASKINI BSH 2020 HINGGA 15 MAC - Kerjaya Semasa

Breaking

Saturday, 15 February 2020

IKLAN PENDAFTARAN PERMOHONAN & KEMASKINI BSH 2020 HINGGA 15 MAC


INFO TERBARU, PASTIKAN PEMOHON KLIK PAUTAN BERWARNA BIRU DIBAWAH


Pendaftaran permohonan dan kemaskini BSH 2020 (Bantuan Sara Hidup) akan dibuka pada 1 Februari sehingga tarikh tutup 15 Mac nanti.

Anda hanya perlu kemaskini permohonan sekiranya menepati kriteria di bawah:
  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran BSH termasuk Kategori Baharu 
  2. Membuat permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
  3. Bagi permohon OKU yang tidak disenaraikan sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

Pembayaran fasa pertama pula akan dibuat pada 25 Januari kepada penerima BSH tahun lepas.

Namun pembayaran fasa pertama hanya terhad kepada kategori isi rumah manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua bulan Mei nanti.
  1. Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
  2. Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
  3. Warga emas sebatang kara

Kepada pemohon yang sudah berkahwin (bukan warganegara) dan kategori bujang / ibu tunggal (tiada tanggungan) anda tidak layak menerima bantuan 28 Januari nanti.

Bagi pemohon yang tidak layak & tidak menepati syarat, anda WAJIB kemaskini BSH bermula 1 Februari nanti.


KEMASKINI BSH 2020

Untuk membuat permohonan & kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup boleh dibuat secara online di portal rasmi BSH.

Antara maklumat yang anda perlu dikemaskini ialah:
  • Status perkahwinan terkini termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel yang digunakan
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Harus diingatkan bahawa, maklumat waris sangat penting terutama bila berlaku kematian.
  
Ini disebabkan skim Bantuan Sara Hidup memperuntukkan RM1,000 (skim Khairat Kematian) kepada waris penerima BSH dan boleh dituntut di mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia.

Untuk proses tuntutan skim khairat kematian, waris perlu membawa beberapa dokumen pengesahan seperti:
  • Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
  • Kad Pengenalan Asal Waris
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris








PERMOHONAN BARU

Bagi anda yang ingin memohon Bantuan Sara Hidup tahun ini, berikut antara beberapa dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan baru yang akan dibuka bermula 1 Februari nanti.
  1. Salinan IC suami dan isteri
  2. Salinan sijil kahwin / nikah
  3. Salinan sijil lahir anak di bawah umur 18 tahun (max 4 orang)
  4. Salinan nombor akaun bank isteri


SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2020

Antara syarat kelayakan bagi anda yang berminat untuk memohon BSH tahun ini ialah:
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang ketua kepada isi rumah/ ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang dan berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Dan untuk makluman juga, terdapat beberapa faktor kenapa permohonan anda gagal. Antaranya:
  • Maklumat tanggungan yang tidak tepat.
  • Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin.
  • Membuat permohonan lebih dari satu kali (suami/isteri membuat permohonan berasingan).
  • Tidak mengemukakan dokumen pengesahan status penceraian atau kematian pasangan.
  • Pelajar yang mendapat Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia bagi sesi 2017/2018.
  • Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan makan gaji.
  • Pemohon yang menetap / bekerja / belajar di luar negara.
  • Bagi penerima BR1M sejak tahun 2015 yang tidak mengemaskini maklumat bagi tempoh 3 tahun.
  • Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama, nombor kad pengenalan dan status perkahwinan.

Sebab itulah pentingnya pemohon kemaskini permohonan BSH anda tahun ini.

Link kemaskini BSH 2020 akan dimaklumkan kemudian.

Buat masa sekarang, sama-sama nantikan pembayaran fasa pertama berjumlah RM300 pada 25 Januari nanti.

Anda juga diminta untuk join Telegram Bantuan Sara Hidup 2020 untuk sebarang urusan / makluman rasmi tentang BSH. Pendaftaran boleh di buat di "PORTAL RASMI BANTUAN SARA HIDUP". Klik Pautan berwarna Biru.


No comments:

Post a Comment